Khamis, 21 Ogos 2014

Solo Exhibition: Retrospection & Prodigy, MADA Gallery, Caulfield, Australia

By Mohd Khairi Baharom

This exhibition comprises the practical component of my studio research.

This research project investigate my childhood memory. The notion of play as expressed in self-made toys and their relationship to sculptural practice. The studio research component has been engaged in modelling and constructing object-based ceramic work that form a group of hand-built artwork incorporating various materials in the process. This process derives from personal engagement with select childhood memory as a basis of investigation alongside ceramic history and tradition. The concepts underpinning studio production, use flora and Malay culture - as a starting point for a series of sculpture that reference the organic in a controlled and animated condition as well as pursuing technical advances.

The exhibition date : 14 - 23 April 2014
Venue: MADA Gallery, Monash Art Design & Architecture, Caulfield, Australia


























Jumaat, 22 Jun 2012

Peringkat Suhu Pembakaran Seramik

100 darjah selsuis   - Seluruh kandungan air akan menjadi wap.

200 darjah selsuis   - Air yang terdapat di dalam jasad produk mengering.

300 darjah selsuis   - Bahan organik menjadi karbon.

400 darjah selsuis   - Produk dipanaskan menjadi kehitaman (karbon).

500 darjah selsuis   - Produk dipanaskan menjadi sedikit kemerahan.

600 darjah selsuis   - TANAH LIAT BERTUKAR MENJADI SERAMIK.

700 darjah selsuis   - Proses perubahan bahan menjadi seramik terus berlaku.

800 darjah selsuis   - Proses Sintering (inter-crystallization) iaitu proses percantuman partikel bahan.

900 darjah selsuis   - Proses percantuman partikel terus berlaku.

1000 darjah selsuis - Kebanyakkan bahan carbonites berpisah.

1100 darjah selsuis - Perbentukkan bahan mullite dan cristobalite.

1200 darjah selsuis - Pencantuman menjadi kaca (vitrification) bagi kebanyakkan tanah berwarna merah.

1300 darjah selsuis - Pencantuman menjadi kaca bagi kebanyakkan jenis secondary clay seperti stoneware.

1400 darjah selsuis - Hard-paste porcelain menjadi kaca.


Rujukan:
1) Robert Fournier, Illustrated Dictionary of Practical Pottery, 4th Edition, London: Craftman House, 2000. 
2) Wikipedia, the free encyclopedia, "Sintering" http://en.wikipedia.org/wiki/Sintering (accessed June 22, 2012)
3) Wikipedia, the free encyclopedia, "Carbonite" http://en.wikipedia.org/wiki/Carbonite (accessed June 22, 2012)
4) Wikipedia, the free encyclopedia, "Mullite" http://en.wikipedia.org/wiki/Mullite (accessed June 22, 2012)
5) Wikipedia, the free encyclopedia, "Cristobalite" http://en.wikipedia.org/wiki/Cristobalite (accessed June 22, 2012)
6) Wikipedia, the free encyclopedia, "Vitrification" http://en.wikipedia.org/wiki/Vitrification (accessed June 22, 2012)
7) The Free Dictionary by Farlex, "secondary clay" http://encyclopedia2.thefreedictionary.com/secondary+clay (accessed June 22, 2012)
8) Wikipedia, the free encyclopedia, "Hard-paste Porcelain" http://en.wikipedia.org/wiki/Hard-paste_porcelain (accessed June 22, 2012)

Isnin, 4 Jun 2012

Rekabentuk Teko (Teapot)

Oleh: Mohd Khairi Baharom

Teko merupakan satu bekas berpenutup yang mempunyai pelbagai bentuk. Ianya digunakan sebagai bekas merebus dan sajian teh serta mempunyai satu bahagian bercorong (spout) dan bahagian pemegang (handle) yang berkedudukan bertentangan. Bahagian corong tradisinya dipasang (jika corong dan induk teko dibentuk secara berasingan) hampir dengan bahagian tapak yang bertujuan untuk memudahkan aliran air teh tanpa diganggu daun teh (tanpa uncang) yang terapung. Reka bentuk induk teko sebelum corong dipasang, dihasilkan lubang-lubang kecil sebagai penapis untuk mengelakkan daun teh keluar bersama aliran air.

Rekabentuk bahagian corong memerlukan ketelitian pereka supaya aras air teh dapat diisi di dalam induk mengikut kesesuaian aras. Kesesuaian rekabentuk corong adalah berdasarkan ketinggian aras mulut corong yang perlu melebihi induk untuk mengelakkan kekurangan pengisian isipadu air teh dan menjadikan rekaan teko ekonomikal. Manakala rekaan mulut corong pula perlu berbentuk condong (diagonal) supaya memudahkan aliran air keluar dari corong tanpa tumpahan yang tak diingini berlaku. Rekaan bahagian pemegang pula, pereka perlu meneliti rekabentuk corong sebelum menghasilkan pemegang. Rekaan teko terbaik perlu mempunyai keseimbangan antara rekabentuk pemegang dan corong supaya rekaan yang dihasilkan memiliki formal estetika rekabentuk teko yang kontemporari.

Bahagian penutup (lid) teko (atas induk) dihasilkan dengan rekaan berselak iaitu selak direka dibahagian bawah tapak penutup. Selak ini berfungsi untuk mengelakkan penutup tertanggal dari induk semasa tuangan teh. Rekaan selak penutup perlu diteliti supaya ianya selari dengan mulut induk agar selak yang dihasilkan dapat berfungsi dengan baik. Bahagian permukaan penutup ini kebiasaannya dihasilkan satu lubang kecil bertujuan untuk memudahkan aliran udara keluar masuk dari dalam dan luar induk. Ianya juga dapat mengelakkan ruang dalam induk daripada kedap udara supaya aliran air teh dapat berfungsi dengan baik tanpa sekatan.


  

Rabu, 30 Mei 2012

Tanah Liat Sebagai Medium Penghasilan Karya dan Produk Seramik

Oleh: Mohd Khairi Baharom

Tanah liat merupakan bahan asas dalam pembuatan seramik sejak zaman pra sejarah lagi. Bahan ini dihasilkan secara semulajadi hasil kegiatan alam seperti debuan daripada batuan dipindahkan jauh melalui angin atau juga melalui hasil pergerakan ais. Terdapat beberapa jenis tanah liat yang digunakan untuk penghasilan produk berdasarkan kualiti tertentu. Pengkarya atau pereka seramik perlu memahami kualiti sifat plastik tanah liat sebelum menghasilkan produk. Pengetahuan tentang tanah yang bersifat plastik, poros dan suhu pembakaran amat penting dalam memastikan kejayaan menghasilkan produk seramik.

Terdapat tiga jenis tanah liat yang utama iaitu jenis earthenware, stoneware dan porselin. Tanah ini dikenalpasti berdasarkan kekuatan dan kebolehan jasad ketika pembakaran. Sejarah membuktikan bahawa tanah jenis earthenware digunakan secara meluas sebagai produk berfungsi sejak zaman pra sejarah lagi. Tanah ini mempunyai kandungan kepelbagaian komposisi yang hanya sesuai untuk pembakaran pada suhu yang rendah. Ia tidak mampu bertahan pada suhu melebihi 1150 darjah selsuis kerana mempunyai bahan flux yang mampu memberikan kecacatan pada jasad jika melebihi suhu tersebut ketika proses vitrifakasi (perubahan menjadi kaca).

Tanah jenis stoneware mempunyai berlainan sifat daripada tanah earthenware. Tanah stoneware ini dihasilkan melalui perkembangan teknologi tanur masa dahulu iaitu berupaya melakukan proses pembakaran pada suhu yang tinggi. Tanah ini mempunyai sifat fizikal yang kuat serta bebas calar jika dibakar pada suhu melebihi 1200 darjah selsius. Komposisi tanah ini mempunyai campuran bahan tanah liat, mineral dan grog iaitu daya poros serapan air pada jasad amat rendah berbanding tanah jenis earthenware. Walaupun sifat tanah stoneware dan earthenware ini berbeza tetapi kedua-dua tanah ini dihasilkan oleh alam semulajadi.

Marco Polo memberikan terma porselin yang berasal daripada perkataan Itali iaitu 'porselino' bermaksud 'anak khinzir'. Nama ini diberi berdasarkan jasad porselin ini bersifat translusen seumpama kulit siput jenis 'cowrie' dan bentukkannya seperti anak khinzir atau porselino. Tanah ini dihasilkan pada kurun ke 10 ketika pemerintahan Maharaja Hou Zhou Shi Zong, China. Masyarakat awal Cina mempercayai bahawa porselin ini dihasilkan daripada tanah stoneware halus (fine stoneware) yang berupaya memberikan sifat translusen tersebut. Tanah poselin ini nyata berbeza daripada tanah yang terdahulu iaitu earthenware dan stoneware bukan hanya dari aspek translusen sahaja malah berupaya memberikan warna putih dan mempunyai lebih kekuatan jasad selepas melalui proses vitrifikasi pada suhu melebihi 1300 darjah selsius. Tanah porselin ini juga dikenali dengan nama lain iaitu 'hard-paste porcelain' dan 'soft-paste porcelain'

Bone china adalah salah satu tanah jenis porselin. Bahan bone china terdiri daripada bahagian porselin tetapi diubah dengan menggunakan bahan debu tulang (bone ash) yang telah melalui proses 'calcine'. Proses 'calcine' ini adalah proses pembakaran pada suhu 700 darjah selsius. Tanah jenis bone china ini dicipta oleh Josiah Spode di Britain pada akhir abad ke 18. Resepi bahan menghasilkan porselin diubah dengan menggunakan 50 peratus bahan debu tulang lembu. Debu tulang lembu ini berupaya menjadi agen flux di dalam jasad semasa proses vitrifikasi yang memberikan sifat putih dan translusen selepas pembakaran. Penciptaan tanah bone china ini membawa penjimatan kos bahan pembakaran dengan suhu pembakaran 'bisque' yang tinggi pada 1280 darjah selsius dan suhu pembakaran gerlis yang rendah iaitu pada 1080 darjah selsius. Walaubagaimanapun, tanah bone china ini hanya sesuai untuk penghasilan produk menggunakan teknik tuangan slip (slip casting) berbanding teknik lain oleh kerana sifat tanah ini yang mudah pecah ketika kering dan kurang sifat plastik.

Jasad bone china ini hampir seakan porselin tetapi bahan utama porselin ini ditukar dengan menggunakan abu tulang. Walaubagaimanapun, jasad bone china dan porselin mempunyai kesamaan dari aspek kekuatan jasad dan bersifat tranlusen ketika nipis. Sebelum penciptaan bone china ini, beberapa siri eksperimentasi telah dijalankan menggunakan beberapa bahan seperti debu kaca, pasir dan kulit siput tetapi bahan-bahan ini tidak berupaya memberikan kesempurnaan pada jasad produk sehingga penemuan abu tulang lembu yang mampu memberikan kelengkapan sifat bagi produk seramik. Eksperimentasi ini yang dijalankan adalah untuk mencari bahan yang setara dengan produk porselin serta murah daripada negara China kerana produk dan bahan porselin yang diimport dari negara tersebut mahal.

Dokomentasi sejarah seramik telah mencatatkan bahawa produk bone china pada asalnya dihasilkan oleh orang Inggeris di Britain yang menggunakan tulang lembu yang dikisar menjadi abu. Produk bone china telah menjadi satu isu kepada masyarakat Islam tentang bahan yang digunakan seperti yang nyatakan oleh beberapa pihak iaitu penggunaan tulang babi. Mungkin bahan yang digunakan oleh industri kini telah mengenalpasti bahawa tulang babi mungkin sesuai untuk menghasilkan produk seramik. Tetapi maklumat ini tiada dokumentasi yang wujud dapat diperolehi untuk dirujuk. Cuma sejarah membuktikan bahawa hanya tulang lembu yang sesuai untuk tujuan ini berdasarkan eksperimentasi bahan yang telah dijalankan.

Pada 7 Mei 2012, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengumumkan bahawa produk bone china adalah haram sama sekali digunakan oleh umat Islam di Malaysia. Produk bone china ini walaupun menggunakan bahan dari abu tulang lembu (bovine bone ash), ianya tetap diharamkan jika ianya tidak disembelih. Kenyataan ini telah memberikan tamparan hebat kepada peminat pengumpul set 'tableware' ekslusif bone china ini.

Pada masa kini, pasaran produk seramik dilihat wujudnya satu lagi jenis produk 'tableware' iaitu produk fine china. Produk ini sebenarnya tiada dokumentasi secara formal. Berkemungkinan ianya dibentuk oleh pihak industri dan memperlihatkan kualiti seakan bone china. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, produk ini juga adalah bahan formula porcelain cuma formula fine china ini ditambahkan beberapa peratus bone ash di dalam formula jasad dan gerlis untuk mendapatkan sedikit persamaan dengan produk bone china. Melalui informasi ini dapat dikatakan bahawa produk fine china ini tidak banyak bezanya dengan kualiti produk porcelain. Kenyataannya bahawa, produk fine china ini hanyalah satu ciptaan bertujuan mempelbagaikan pengkomersilan produk industri ekslusif dipasaran.



Rujukan:
1) Glen C Nelson, Ceramic, A Potter's Handbook 2nd Edition (New York: Holt, Rine Hart and Winston, 1966)
2) Frank and Janet Hamer, The Potter's Dictionary of Materials and Techniques (London: A & C Black, 1997)
3) Steve Mattison, The Complete Potter (london: Apple Press, 2003)
4) Anne Lightwood, Working With Paperclay and Other Additives (Marlborough: The Crowood Press Ltd, 2000)
5) Hugo and Marjorie Munsterberg, World Ceramic, From Prehistoric to Modern Times (Canada: Penguin Books Ltd, 1998)
6) Emmanuel Cooper, A History of World Pottery (Pennsylvania: Chilton Trade Book, 1988)
7)Tableking.com.au, "It is Fine China or Porcelain," http://support.tableking.com.au/article.aspx?cid=6213&aid=11888

Sabtu, 13 Ogos 2011

Satu Panduan Tentang Bahan Mentah Seramik Bertoksik

Panduan kepada artis atau pereka seramik tentang keselamatan mengendalikan bahan-bahan seramik. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan bahan-bahan seramik berikut:

(Berhuruf besar merupakan bahan asas yang bertoksik, manakala yang bersebelahan adalah bahan berkaitan dengan bahan asas tersebut)

-----------------------------------------------
ALUMINIUM OXIDE - feldspar, tanah liat

ANTIMONY - antimony oxide

BARIUM - barium carbonate, barium oxide

BORON - borax (sodium borate), boric acid, calcium borate frit, colemanite

CADMIUM - bahantara cadmium

CALCIUM OXIDE - whiting, dolomite

CHROMIUM - chromium oxide

COBALT - cobalt carbonate, cobalt oxide

FLUORINE - fluorspar (calcium fluoride) yang dikesan di dalam bahan-bahan mineral. Pengudaraan bilik yang baik dapat menghilangkan kesan fluorine ini dalam atmosfera tanur.

LITHIUM OXIDE - spodumene, lepidolite

MAGNESIUM OXIDE - magnesite, dolomite talc

MANGANESE - bahan-bahan yang mengandungi manganese (seperti manganese dioxide) boleh menjejaskan kesihatan.

NICKEL - nickel oxide

SELENIUM - bahan-bahan yang mengandungi selenium

SILICON - quartz (pasir), flint, cristobalite (mengandungi bersama silica bebas di dalam kebanyakan tanah liat)

SODIUM OXIDE - soda feldspar, debu mutiara, nitre (soda nitre)

STRONTIUM - strontium oxide, strontium carbonate

TITANIUM OXIDE - rutile

VANADIUM - vanadium pentoxide

ZINC - zinc oxide

--------------------------------------------

BAHAN-BAHAN GABUNGAN BERTOKSIK

Ramai artis atau pereka seramik menggunakan bahan-bahan lead frit yang mempunyai kadar larutan rendah dan tidak mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Tetapi bahan-bahan ini akan bertoksik sekiranya dicampurkan dengan bahan lain seperti copper dan chromium. Risiko pada kesihatan juga akan berlaku jika tindakbalas asid dalam makanan apabila di simpan di dalam bekas seramik bergerlis yang menggunakan bahan lead frit tadi. Bahan-bahan ini sering digunakan di dalam gerlis kerana ia berupaya memberikan kelebihan kepada artis atau pereka seramik dengan mendapatkan tahap pembakaran yang luas, tahap pencairan (melting) gerlis pada suhu yang rendah dan memberikan kesan licin serta berkilat (high gloss). Ia juga dapat meningkatkan kualiti warna gerlis dan jika digunakan secara yang betul ia berupaya meninggikan tahap kalis asid pada permukaan seramik.

Bahantara seperti barium, antimony and zinc dan bahan pewarna oxide; copper, manganese, cobalt dan cadmium adalah bertoksik. Penjagaan kebersihan bengkel perlu dititikberatkan dengan kaedah selalu mengelap lantai, meja dan peralatan sebagai pelindung kesihatan terhadap pencemaran bahan toksik ini. Sarung tangan getah perlu dipakai ketika mengendalikan bahan-bahan soda yang tidak ber-frit. Ketika mengendalikan bahan-bahan gerlis serbuk, topeng pernafasan perlu dipakai .

Jika ragu-ragu terhadap bahan-bahan seramik ini samada bertoksik atau tidak, anda perlu mendapatkan kepastian dengan menghubungi pengedar atau pengilang yang melabelkan bahan-bahan ini supaya ianya selamat dikendalikan.


Rujukan:

Wensley, Doug. Pottery, The Essential Manual. Marlborough: The Crowood Press, 2002

Selasa, 31 Mei 2011

Pameran Arca Toorak Village 2011, Melbourne Australia

Oleh: Mohd Khairi Baharom


Pameran Arca Toorak Village 2011 di Melbourne, Australia merupakan hasil karya arca yang dipertandingkan dan dipamerkan setiap tahun. Pameran yang telah bermula 1 hingga 31 Mei 2011 ini boleh dikatakan amat unik sekali jika dibandingkan dengan pameran lain yang pernah diadakan sepeti di dalam galeri seni atau di laman seni. Pameran Arca Toorak Village ini diadakan secara tahunan di sekitar sepanjang jalan Toorak. Apa yang menariknya, karya-karya yang dipamerkan ditempatkan dipelbagai lokasi sepanjang jalan Toorak iaitu di dalam lot kedai (karya instalasi dan individu) yang mempunyai tingkap cermin pamer dan di kaki lima (karya arca awam).

Pameran kali ini telah memasuki kali ke sepuluh dengan mempamerkan karya-karya daripada pelbagai artis termasuk yang mana sebelum ini pernah memenangi hadiah di dalam pameran ini. Beberapa artis telah memenangi dalam pameran ini antaranya ialah Eliza-Jane Gilchrist mempersembahkan karya beliau yang bertajuk 'Softcore'. Karya ini memperlihatkan artis ini memanipulasikan bahan fabrik dengan menjadikannya bentuk kemeja dan susunan bentuk tulang belakang. Jahitan pada tulang baju yang dimasukkan besi dawai sebagai struktur sokongan kemeja ini membolehkan ia berdiri kukuh telah memperlihatkan kekemasan persembahan karya. Jahitan benang merah pada beberapa bahagian kemeja seolah menampakkan pembuluh darah menjadikan karya ini diolah dengan unik sekali.

Keseluruhan karya di dalam pameran ini amat baik sekali dan terdapat juga beberapa karya yang dipamerkan melalui cermin tingkap kedai diganggu dengan refleksi cahaya luar agak menjejaskan kualiti visual penonton yang berada di kedudukan luar premis. Tetapi pihak pengusaha premis perniagaan telah memberikan ruang untuk penonton masuk dan mengamati karya dengan lebih dekat membuktikan bahawa mereka juga berupaya berkerjasama menjayakan pameran ini. Pameran ini seolah membawa penonton menyertai program memburu harta karun di mana ia mengajak penonton mencari karya-karya yang dipamerkan berdasarkan peta lokasi karya di dalam risalah pameran yang diberikan secara percuma. Semoga senario pameran seumpama ini boleh diadaptasikan di Malaysia sebagai salah satu pelonjak usaha memartabatkan nilai seni ke dalam sanubari rakyat dan pelancong asing.

Damian Vick
'Crash'
Steel


Katy Bowman
'Untitled (Box)'
Painted MDF


Mark Cowie
'Cloud Tree'
Bronze, Granite


John Bishop
'Bloom'
Limestone


Melissa Cussell
'Quicksilver 11'
S.Steel, Steel, Wire


Van Phu Le
'Reminiscene 2'
Bronze, Granite


Dean Putting
'Canis'
Corten Steel


Ilaru-Norian Paicu
'Selfpotraits'
Mixed Media


Michele Donegan
'Self Images'
Plaster


Deborah Walker
'Farewell'
Bronze


Lucy McEachern
'Australian Wood Duck'
Bronze


Julee Latimer
'Cosmic Hug'
Glass, Concrete


Rick Clise
'As It Is Steel'
Steel


Valda Cuming
'Three Wee Creatures'
Ceramic


John Topfer
'Growth'
Corten Steel


Patrick Delbosc
'Tango'
Mixed Media


Marlene Kasper
'Poppy Field'
Glass, Steel


John Gardner
'Starship'
Bronze, Steel, Granite


David Waters
'Brancusi Budgie'
Foam Rubber


Ana Jorge-Moore
'Muse'
Metal


Petra Svoboda
'Gokko-Inu (Make Believe Dog)'
Ceramic


Carmen Muzzolini
'Relaxation - Woman'
Bronze

Neil Barker
'In Anticipation of Spring'
Bronze, Granite


Chris Vassallo
'Amplitude'
Corten Steel


Jennifer Ashley King
'Photonic Canopy'
Glass


Anthony Vanderzweep
'Cat on Stand'
Bronze


Stephen Rock
'Me & My Ex Partner'
S. Steel, Steel


Ana Jorge-Moore
'Muse'
Metal


Scott Murrells
'Forkball'
S. Steel, Wood


Faustas Sadauskas
'Weather Vene 111'
Marble


Fatih Semiz
'State of Square'
Bronze


Corey Thomas
'Come Fly With Me'
Found Object


Esther Goldberg
'Ruffus & Lena'
Bronze


Julia M. Anderson
'Future: Fertility Totem'


Daniel Hourigan
'The Mortality Mirror'
Mixed Media


Michael Meszaros
'Willy Willy'
Bronze, Timber


Chris Flenley
'Intercept'
Steel


Caty Johnston
'I'll Have One in each Colour'
Leather


Mandy Gunn
'The Devine Comedy Revealed'
Paper, Ribbon


Janice McCarthy
'George'
Glass, Ceramic


Robbie Rowlands
'State'
Sledgehammer


Veronique Ferrandonderville
'Last Maasai Dancers'
Hydrastone, Wood


Laurie Collins
'Roobish'
Steel


Brad Culley
'Feather Totem'
Wood


James Cattell
'The Moon Lion's Journey'
Found Objects


Claudine Top
'One Gate'
Bronze


Veronica Cay
'Shy Capitulation'
Found Object


Anna Robertson
'Commedia Dell'arte'
Mixed Media


Rob Miller
'Burlap Fossil: Remnants of Another War'
Steel


Nicole Allen
'Reclining Man'
Alluminium


Kerry Cannon
'Fortune'
Bronze


David Marshall
'Inside Out2'
Marble, Granite, Acrylic


Louise English
'Pucker Up'
Ceramic

Lisa Barmby
'Slender Harbour'
Mixed Media


Suzie O'Shea
'Fantastic MS Frock 1 & 2'
Clay


Crystal Stubbs
'Heavy Handed'
Ceramic, Glass


Gemma Nightingale
'The Watch'
Bronze


Irris Szoeke
'After Gaudi'
Clay


Julia M. Anderson
'Nomads:Loop'
Bronze


Gael O'Leary
'Overture'
Bronze, Cooper, Wood


Lucy McEachern
'Australian Pelican'
Bronze, Wood


Rachel Boymal
'Circus Frieze'
Bronze


Eliza-Jane Gilchrist
'Softcore'
Mixed Media


Liz Walker
'Innocent Bystanders'
Recycled Iron


Alistair Pirie
'T(r)oy Bird'
Timber


Gillian Govan
'Bracing The Elements'
Bronze


Andrew Gosden
'The Face'
Hebel


Keren Zamir
'Twisted'
Plaster


Luke Roger
'Collective Unconscious IV'
Steel


Craig Macdonald
'Maralinga Test Dummy'
Bronze


Rudi Jass
'Think Outside The Square'


Anne F. Dupuis
'Diverting Figures'
Metal Wire


Yvonne Kendall
'And It Grew, and Grew'
Mixed Media


Al Phemister
'Black Washer Pear'
Recycled Steel


Brigit Heller
'In Shades'
Rocks, Cooper Wire


Moz Moresi
'Praying Mantis-Life & Death'
Steel


Ange Leech
'Little Mis-haps'
Mixed Media


Grant Donaldson
'Trajectory'
Glass, Copper


Brian Paulusz
'Sampan'
Basalt


Jim Howson
'Peppercorn Tree'
Steel


Martin Hodge
'Turret 1'
Steel, S. Steel


Andrew Kasper
'The Two of Us'
Corten Steel


Scott Redford
'My Beautiful Polar Bear'
Ceramic


Eva Ermer
'At Peace'
Bronze


Helen Staresina
'Mosaic Body'
Glass, Cement


Roman Liebach
'Tooinatango'
Steel


Antonio Villella
'Heartache'
Mixed Media


Mary Terese Archibald
'Dreaming of a Gucci 1 & 2'
Plaster, Beads

-------------------------------------------------------------------------------------------

Rujukan:

Pamphlete of Toorak Village Sculpture Exhibition 1-31 May 2011