National Gallery of Victoria (NGV) mempunyai pameran koleksi tetap produk sejarah seramik dunia. Terdapat pelbagai objek sejarah yang diperbuat daripada tanah liat dipamerkan yang berasal dari pelbagai tamadun manusia dahulukala. Seperti yang diketahui bahawa produk seramik telah dihasilkan sejak zaman dahulu untuk tujuan tertentu sebagai kegunaan harian dan untuk tujuan upacara tertentu. Produk seramik yang dipamerkan oleh NGV ini memang mengkagumkan. Produk buatan tangan zaman dahulu ini yang kekurangan teknologi menampakkan kehalusan buatan yang mengabungkan lukisan dekorasi pada permukaan jasad seramik. Beberapa produk sejarah dari sudut Tamadun Greece sekadar diambil untuk tatapan pembaca mengetahui informasi produk-produk ini. Untuk pengetahuan, Tamadun Greece dahulu terkenal dengan empat gaya dekorasi seramik iaitu geometric, black-figure, red-figure dan white ground ware.
'Volute Krater'
(Lucanian Red-Figure Ware)
Zaman Hellenistic (340-320 BC)
'Volute' bermaksud tangkai yang berlingkar dan 'Krater' bermaksud pasu yang digunakan sebagai bekas untuk mencampurkan 'wine' dan air. Krater ini mempunyai tangkai yang berdekorasikan kepala angsa (swan) dibahagian bawah tangkai. Bahagian atas tangkai mempunyai bentuk kepala Silenus. Bahagian bawah menunjukkan figura Dionysus bersama maenad sedang memberikan persembahan minuman kepada dewa (Silenus). Bahagian belakang krater mempunyai senario yang sama tetapi figura Herakles dan Nike. Dekorasi permukaan krater ini dihasilkan oleh The Primato Painter yang merupakan seorang pelukis yang terkenal di zaman ini yang amat terkenal dengan dekorasinya.
'Volute Krater'
Faliscan Red-Figure Ware
Zaman Helenistic, 375-350 BC
Seramik ini dihasilkan di Etruria, dibahagian utara Rome antara Tiber dan Sungai Arno. Adegan pada kedua-dua bahagian pasu ini menggambarkan tipikal Faliscan yang diadaptasi daripada adegan lagenda Greek. Adegan utama menggambarkan perlawanan permainan muzik antara Apollo dan Marsyas.
'Bell Krater'
Paestan Red-Figure ware
Zaman Hellenistik,
350-325 BC
Adegan utama pada seramik ini menggambarkan dewa 'wine' iaitu Dionysus. Seramik ini dihasilkan oleh Asteas yang merupakan pengeluar seramik tertinggi di Paestum ketika zaman ini.
Zaman Hellenistik,
350-325 BC
Adegan utama pada seramik ini menggambarkan dewa 'wine' iaitu Dionysus. Seramik ini dihasilkan oleh Asteas yang merupakan pengeluar seramik tertinggi di Paestum ketika zaman ini.
'Oinochoe'
Apulian Red-Figure Ware
Zaman Hellenistic, Pertengahan Abad ke-4 BC
Seramik ini merupakan bekas 'wine'. Dekorasinya dihasilkan oleh The Varrese Painter
'Oenocheo'
Apulian Red-Figure Ware
Zaman Hellenistic, 375-350 BC
Oenochoe atau Oinochoe merupakan bekas 'wine'. Dekorasi seramik ini dihasilkan oleh The Felton Painter. Adegan mitos yang digambarkan adalah tentang perlawanan antara Dewa Marsyas dan Dewa Apollo.
'Pelike'
Apulian Red-Figure Ware
Zaman Klasikal, 420 BC
Pelike merupakan bekas simpanan air seakan amphora Peperangan antara Greek dan Amazon menjadi subjek utama tema dekorasi seramik pada abad ke 5 BC di Athens. Adegan utama dekorasi menunjukkan Telamon menyerang Permaisuri Andromache dari Amazon untuk mendapatkan pendingnya.
'Hydria'
Attic Geometric Black-Figure Ware
Zaman Geometrik (Proto-Attic), 700 BC
'Hydria' ini mempunyai 3 pemegang - satu berkedudukan menegak dan 2 lagi dibahagian perut seramik. Hydria adalah bekas untuk membawa air (water-carrying jar) iaitu untuk tujuan upacara kematian seperti yang digambarkan melalui lukisan gaya geometrik pada leher seramik. Adegan yang digambarkan adalah satu figura mayat lelaki yang terbaring di atas usungan mayat dan dikelilingi oleh beberapa figura wanita yang sedang menangis. Bahagian utama seramik ini menunjukkan 2 ekor singa garang yang sedang mencakar di udara. Imej singa menjadi motif dekorasi dari Timur.
Rujukan:
1) National Gallery of Victoria (NGV), Melbourne
2) Emmanuel Cooper, Ten Thousand Years of Pottery (Philadelphia: University of Pennsylvania Press, 2000)
3) Hugo and Marjorie Munsterberg, World Ceramic, From Prehistoric to Modern Times (New York: Penguin Books Ltd, 1998)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan