Karya ‘Order Please! Eat Here or Take Away?’ ini mengungkap satu kritikan isu semasa terhadap senario peperangan pada masa kini. Subjek pilihan utama adalah peluru atau bom merupakan ikonografi secara langsung iaitu peperangan. ‘Order Please! Eat Here or Take Away?’ mengajak penonton berada seolah-olah di restoran makanan segera yang mana perlu membuat keputusan segera untuk memilih makanan. Apakah set makanan yang boleh membuka selera?. Sebelum melakukan pesanan makanan, kita akan terus berfikir serta menunggu giliran. Menu yang dipilih adalah yang tertera. Ia membawa kesamaan di dalam scenario peperangan di mana mangsa peperangan terpaksa membuat keputusan untuk terus hidup sebagai pelarian atau terus menunggu nasib di situ untuk mati dengan dibom atau ditembak dengan senapang. Namun begitu mangsa peperangan juga dijamu sesuatu tetapi dengan bom dan peluru.
Mengamati karya ini terdapatnya element yang dibentukan di dalam bom tersebut seperti paip air perlambangan kepada minuman atau dahaga, tempat simpanan makanan (‘storage jar’ terdapat beras di dalam) interpretasi makanan atau kelaparan, pot kopi ('coffee pot') sebagai mangsa mengingati detik bahagia menikmati minuman bersama keluarga, pil kapsul sebagai simbol keperluan perubatan dan roti hubung kait dengan keperluan makanan diperlukan untuk mengalas perut.
Karya ini mengajak penghayat seni atau penonton untuk menyelami dunia peperangan serta memahami nasib mangsa peperangan. Secara tidak langsung membangkitkan kesedaran nasionalisma, menentang kekejaman serta peperangan terhadap penonton.
Karya ini dihasilkan menggunakan tanah liat sebagai media utama. Pemilihan media tanah liat ini sebagai satu ungkapan kehidupan yang ‘fragile’ di mana ianya sesuai dikaitkan dengan konsep karya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan